Cinta Adalah...(Love Is)~ Sipnosis
Cinta Adalah... (Love Is...) ialah sebuah cerita yang berkisar tentang cinta dan persahabatan. Cinta Adalah... atau tajuk asalnya Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu ditulis kerana aku merasakan cinta dan persahabatan ibarat ikatan yang tidak terpisahkan. Dalam Cinta Adalah...(Love Is...),watak utama dipegang oleh Erin Erina dan Vincent Tan. Erin Erina asalnya ialah seorang gadis yang ceria dan suka berjenaka serta tidak pernah lekang dengan senyum tawa dan usik manja. Seorang yang meminati muzik dan mahir menggunakan gitar akustik. Baginya, setiap manusia ada cara untuk meluahkan perasaan dan Erin Erina menemukannya dalam bait-bait lagu.Sewaktu di sekolah menengah, Erin Erina telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “My Magical Journey” . “My Magical Journey” dihasilkan dengan bantuan Vincent Tan. Vincent Tan ialah ketua pancaragam dan konduktor koir di sekolah. Vincent Tan, lelaki Cina yang aktif bermuzik ialah seorang yang naif dan lurus. Tidak banyak bercakap, namun dialah pencetus idea muzikal di sekolah sehingga digelar Maestro Vincent. Boleh bermain hampir kesemua alat muzik, namun lebih meminati biola. Vincent Tan menyimpan perasaan terhadap Erin Erina dan tertarik kepada gadis itu buat pertama kalinya apabila Erin Erina berpindah ke sekolah tersebut. Apa yang membuatkan Vincent Tan tertarik ialah Erin Erina telah membawa gitar akustik bersama dengannya dan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul “Nice To Meet You” sebagai salam perkenalan buat rakan-rakan. Persembahan Erin Erina mengagumkan semua orang. Cikgu Gordon, guru kelas dan juga guru muzik terpegun dengan bakat yang ada pada Erin Erina. Cikgu Gordon mencadangkan Erin Erina untuk menyertai Kelab Muzikal Sekolah tetapi Erin Erina menolak dengan alasan dia ingin bebas bermuzik dan tidak mahu terikat dengan Kelab Muzikal Sekolah. Cikgu Gordon terkilan dengan jawapan Erin Erina namun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Jawapan Erin Erina itu menyebabkan Vincent Tan hampa kerana dia ialah Pengerusi Kelab Muzikal Sekolah dan tentunya keputusan yang dibuat oleh Erin Erina menyukarkannya untuk mendekati gadis itu.Tapi, bagaimana akhirnya mereka boleh menghasilkan “My Magical Journey” bersama?
Cinta Adalah...~ (Fragmen 1)
“Jangan, Erin. Jangan buat macam ni.” Am cuba menghampiri Erina.Erina semakin menjarakkan diri. Menghampiri balkoni.Di tangannya sebilah pisau kecil. “Tenang, Erin.”Ronny cuba menenangkan keadaan.Erina menangis.Terketar-ketar,me ndekatkan pisau ke pergelangan tangan. Ingin mengerat. “Erin...ingat tak masa kita pergi berkhemah dulu?Yang kau cuba hidupkan kayu api tapi tak dapat-dapat?Masa masak nasi kau terlebih air pulak.Kan Ronny?” “A’ah,aku saja yang sanggup habiskan semua bubur tu.”Ronny cuba untuk bergurau.Erina masih teresak-esak.Pisau mula dijarakkan sedikit daripada pergelangan tangan. Erina terduduk.Tangannya masih menggenggam pisau namun sedikit dikendurkan. “Erin...beri pisau tu kepada aku.”Am semakin menghampiri.Membongkok perlahan. “Erin...”Erina melepaskan pisau.Perlahan-lahan Am mengambil pisau yang dijatuhkan.Memberikannya kepada Ronny. Erina menunduk . “Kenapa,Erin?”Erina masih terdiam.Sedunya beransur reda. “ Tolong aku, Am.” Erina mula bersuara. “Apa masalah kau,Erin?”Am memandang Erina .Cuba mendapatkan jawapan. “Am, aku...aku...aku..." Erina mendapatkan Am.Memeluk lelaki itu.Erat.Erina menangis lagi.Am memandang Ronny.Ronny pula melihat pisau yang telah diambil daripada Erina.Ronny terduduk.Mengeluh kesal.Erina...kenapa? Apa yang telah terjadi sebenarnya?
Bersambung fragmen 3
Cinta Adalah...~ (Fragmen 2)
Am memimpin Erina ke sofa. Ronny pergi ke dapur, membuat segelas susu panas. Dapur Erina bersih saja. Teratur dan rapi, tidak menggambarkan dirinya yang sedang berkecamuk sekarang. Pisau yang diambil daripada Erina disimpan kemas. Ronny terlihat masih ada beberapa bilah pisau di rak. Erina mengatur rambut dan menyeka air mata yang masih bersisa. “Am, beri aku tisu.”Erina meminta tisu. Memandang Am sekejap, dan cepat menunduk.Mungkin malu Am melihatnya dalam keadaan begitu. “Mana?” Am bertanya kepada Erina.Matanya memerhati sekitar ruang tamu.Kalau-kalau ada tisu diletakkan.
“Dapur.”Erina menjawab ringkas. “Ronny, ada tisu kat situ tak? Bawa sekali.”Am keberatan untuk meninggalkan Erina. “ Baik. ”Ronny menjawab ringkas. Ronny pening sendiri. Banyak benda berbahaya di dapur. Ingin saja dia menyembunyikan semuanya. “Huh,”Ronny mengeluh lagi.Dia berharap agar emosi Erina sudah terkawal.
Tak lama, Ronny keluar membawa segelas susu panas dan sekotak tisu.Memberikan kotak tisu kepada Am. Am menghulurkan kotak tisu kepada Erina. Erina mengambil beberapa helai.Menyapu wajahnya yang membasah. Tisu yang sudah terguna diletakkan di tepi. Ronny menghulurkan gelas yang berisi susu panas kepada Erina. “Hati-hati, panas...”Ronny mengingatkan Erina. Erina menghirup sedikit.
Am memandang Ronny.Memberi isyarat supaya menjaga Erina sebentar. Ronny mengangguk tanda faham.Am menjarakkan diri. Mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluar. Mendail. Menunggu panggilannya dijawab.
“Hello,Isabel.”
“Hello.Hi, Am.”
“Boleh datang sini, tak? Rumah Erina. Aku perlukan bantuan kau.”
“ Rumah Erina?Sekarang? Ada apa, Am?”
“Nanti aku jelaskan.Cepat iya...”
“ Baik, Am”
Am menyimpan semula telefon bimbitnya.Perlahan, dia menuju ke arah Erina. Mengambil ruang kosong di tepi Erina. Memandang Erina.Tak lama,air mata Erina mengalir semula.Am melihat jam di tangan. Merapatkan kedua belah tangannya.Cepat, Isabel...
Bersambung fragmen 2..
Cinta Adalah...~ (Fragmen 3)
Ronny berdiri di muka pintu. Kacau sedikit fikirannya. Dia tidak menyangka Erina yang dia kenal, ceria dan suka berjenaka sanggup melakukan perkara seumpama itu.Dengan tangan yang masih sedikit ketar,Ronny mengeluarkan kotak rokok daripada saku seluarnya.Dia ingin menenangkan fikiran. Diambilnya sebatang dan cuba dinyalakan. Perbuatannya terhenti apabila melihat kereta mendatang. Tahu benar dia siapa pemilik kereta itu. Rokok yang cuba dinyalakan disimpan semula dalam saku baju.Isabel keluar dari kereta. Ronny cepat-cepat menuju ke arahnya. “ Isabel.”Ronny memulakan bicara. “Eh, Ronny! Apa halnya ni?"Isabel mula bertanya. Dia memandang wajah Ronny. Seakan dapat membaca, Isabel mengagak ada sesuatu yang tidak kena."Erina nak bunuh diri."Spontan,Ronny menjelaskan apa yang telah berlaku."Apa?! Mana Erina sekarang!?"Isabel terkejut.Dia segera bertanyakan Erina.Ronny serba salah dengan penjelasannya.Dia pasti tahu akan reaksi Isabel.Kenapa dia segera memberitahu?Ronny semakin resah. “Ruang...”Belum sempat Ronny menghabiskan kata-kata,Isabel merempuh Ronny.Ronny tertolak ke tepi.Isabel dengan pantas menuju ke arah pintu.Ronny masih tercegat seperti orang dungu.Buntu.Ronny menyapu mukanya dengan tangan.Am, maafkan aku.Aku..Aku takut
Bersambung fragmen 4..
Petikan Fragmen Lain...
Am membuka pintu bilik. Dia memasuki ruang itu dengan rasa memberat. Am membuka suis lampu, kemudian mendekati katil. Menghempas punggungnya perlahan ke tilam. Melepas cermat kaca matanya, diletak bersebelahan dengan bantal, di sisi kiri. Selalu begitu. Walau risikonya untuk pecah memang tinggi, namun ia tidaklah setinggi bahaya yang hampir menempah nyatanya.
Am merebahkan diri ke tilam. Sedaya dia cuba mengatur pembaringan. Terlentang, miring, nampaknya dia gagal untuk menenangkan diri. Kenapa semua ini harus terjadi? Erina, gadis yang cukup terkenal sewaktu di sekolah menengah. Ceria, lincah, tidak kering dengan gurauan dan usik manja. Am masih ingat lagi, Erina pernah membuat persembahan solo akustiknya semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Erina membawa lagu, “My Magical Journey”. Liriknya tercipta asli oleh Erina sendiri. Melodinya juga disusun cermat oleh Erina, sambil dibantu oleh Vincent Tan, ketua pancaragam dan konduktor koir.
Vincent, lelaki Cina yang aktif bermuzik, adalah seorang yang naif dan lurus.
Tidak banyak bercakap, namun dialah pencetus idea muzikal di sekolah, sehingga diberi gelaran Maestro Vincent. Karya-karyanya menggetar rasa, mengubat jiwa. Sebenarnya, dalam diam Vincent menyimpan perasaan terhadap Erina. Sedikit cuma yang tahu akan hal ini. Hanya dua , Am dan Ronny. Dua orang yang sentiasa membantu dan mendorong Vincent dalam penghasilan karya-karyanya. Am, memberi gambaran dan ekspresi kepada Vincent, kemudian Vincent menterjemahnya dalam nota muzik. Ronny, cuba-cuba menyanyikan lirik yang dikarang oleh Vincent, di samping sering memberi kata-kata semangat kepada Vincent.
Vincent ialah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Pernah suatu ketika, Vincent berhasrat untuk menukar keahliannya kepada Pengakap untuk mendekati Erina. Ini kerana Erina ialah seorang ahli Pandu Putri, dan kebetulan Pandu Putri selalu mengadakan perkhemahan bersama dengan Pengakap. Namun, hasratnya terbatal setelah dinasihati oleh Am dan Ronny. Bagi Am, Vincent lebih menyerlah dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, dan ia bukan satu keputusan yang bijak daripada seorang yang cerdik dan pandai seperti Vincent. Ronny menyedarkan Vincent bahawa Bulan Sabit Merah Malaysia memerlukan kepakarannya, dan untuk mendekati Erina, Vincent boleh menggunakan pendekatan lain. Peluang menghasilkan “My Magical Journey” bersama dengan Erina adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Vincent.
Semacam satu rahmat, segalanya berjalan dengan lancar. Kata Vincent, Erina ada mengajaknya bersama untuk membuat persembahan. Namun, Vincent menolak dengan alasan “My Magical Journey” lebih indah,artistik, dan penuh penghayatan sekiranya hanya Erina yang membawanya. Pada hari persembahan, “My Magical Journey” tidak menghampakan. Sangat tidak. Petikan halus gitar oleh Erina, diiringi suara yang mendayu, mendamaikan hati segenap warga sekolah. “My Magical Journey”, suara hati Erina, dan pendaman rasa Vincent. Di mana Vincent? Sejenak, Am cuba menemukan jawapan terhadap persoalan itu. Ya, di mana lelaki itu sekarang?
Bersambung...
1 comments:
Boleh tahan.teruskan usaha
Post a Comment