Awan berarak perlahan. Senja merah di kaki langit. Sekawan burung pulang ke sarang. Suasana di atas perbukitan itu nampak sepi. Namun, ada sebatang tubuh duduk di situ. Dia memandang mentari senja. Kemudian, dia mengusap rambutnya. Tidak lama, dia merapatkan jemarinya. Diam dan berdoa. Agak lama juga. Tidak lama, dia berdiri. Dia menadah tangannya ke langit.Memejamkan mata. Deru angin menerpa wajahnya. Air matanya mula menitis menuruni pipi. Tuhan, terimalah penyerahanku ini. Jesus, aku percaya akan Dikau. Selamatkanlah aku daripada api neraka. Hanya melaluimu sahaja aku boleh syurga. Terlalu banyak dosaku, Oh Tuhan. Dapatkah aku diampuni? Lelaki itu menyapu wajahnya. Dia masih lagi menangis. Hatinya amat sebak. Sesaat, dia merasakan tubuhnya kesejukan. Dia menggigil sekejap. Tubuhnya seakan diresapi oleh sesuatu. Sejuk yang amat di dada. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya didakap dari belakang. Hatinya tertanya-tanya. Dia tidak berani menoleh ke belakang. Namun, dia cuba melihat ke tanah. Dia melihat bayangan yang bersayap diterangi cahaya. Bayangan itu seperti berkata kepadanya, “Jangan bimbang, aku akan menjagamu.” Lelaki itu menangis lagi.Dan kesejukan semakin menggigit tubuhnya. Sejuk yang mendamaikan...
Holy Michael, the Archangel, defend us in battle. Be our safeguard against the wickedness and snares of the devil. May God rebuke him, we humbly pray; and do you, O Prince of the heavenly host, by the power of God cast into hell Satan and all the evil spirits who wander through the world seeking the ruin of souls. Amen.
Bersambung Fragmen 2...
Nantikan Fragmen 2 tidak lama lagi...
0 comments:
Post a Comment